Friday 16 May 2014

Demam Piala Dunia Bakal Menjelma!



Piala Dunia 2014 di Brazil bakal menjelma.Pasukan manakah bakal bergelar juara? Adakah juara bertahan Sepanyol bakal mempertahankan Piala Dunia yang dimenanginya dahulu? Persaingan pasti sengit.

Wednesday 3 July 2013

Keputusan untuk sambung belajar pertengahan bulan ini.

Tengah bulan ini keputusan untuk masuk ke universiti bagi lepasan diploma bakal diketahui.Ya Allah,bedebarnya rasa di hati.Hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui.Bermohon agar diberikan peluang dan rezeki untuk dapat.Ya Allah,mudahkanlah setiap urusan hambamu ini.Aminnn
Rezeki dari Allah.Insyaallah teruskan berdoa padaNya :) Aminn

Tuesday 2 July 2013

Bersepah Graduan Tiada Pekerjaan.Salah Siapa?

Semakin tahun semakin ramai yang akan bergelar graduan.Semakin tahun semakin ramai yang inginkan pekerjaan.Namun pada hari ini kenapa negara kita masih ramai lagi bekas graduan yang tiada pekerjaan.Tidak kah pihak terbabit sedar akan permasalahan yang timbul? Kerana kurangnya pekerja dan pengalaman kerja tidak semestinya mereka ditolak dengan mudah.Dimanakah cara penyelesaian masalah ini?Adakah perlu wujudkan lagi atau tambahkan lagi cawangan di setiap negeri kepada setiap daerah.Bagi sesiapa yang hari ini sedang menikmati gaji yang lumayan,kehidupan yang mewah,mereka tidak sedar bahawa mereka merupakan individu yang beruntung dikala orang lain bersusah payah dari kampung ke bandar untuk mencari sesuap nasi dan membantu menaikkan taraf ahli keluarga.Jesteru itu,mohon agar permasalahan ini dapat diatasi.Bantulah belia muda dalam memperolehi kerja dengan membina dan membuka satu jabatan yang dimana berfungsi untuk zon negara dan sekaligus dapat menyelamatkan golongan muda dari terlibat gejala sosial dan tidak bermoral ini yang menjadi kronik dalam masyarakat kita pada hari ini.Bantulah mereka :)
Bantulah mereka mereka ini :)

Gua rasa rindu gila nak main bola padang,sertai mana mana kejohanan

Sedar tak sedar umur gua dah cecah 21 tahun.Keinginan untuk bersukan tetap ada tapi gua rasa bermacam macam yang gua fikir.Masa depan paling utama gua fikir.Gua ada juga nak bercita cita jadi pemain bola sepak profesional tapi bila fikir risiko patah kaki,gua rasa kebelakang sedikit.Tapi gua rasa jadi pemain bola boleh jadi famous kot,semua suka,bila jadi pemain sensasi hebat,semua orang suka kat kita (p/s sampai nak jadi bini kita pun ada yg sanggup.Ecehhh) Tapi orang cakap tak sampai kemana pun main bola ini.Gua fikir gua tetap kena kerja.Tapi kalau ada kelapangan gua rasa nak ceburi bidang bola sepak ini lah.Bakat gua gua memang ada.Teknik semulajadi memang gua ada.Cuma sedih dan terkilan lah sebab tak ada sesiapa nampak bakat gua yang terpendam sejak kecil ini.Tapi ini semua bergantung kepada rezeki.Jgn risau,rezeki ada dimana mana. :)
Bolehkah gua jadi Van Persie Malaysia?? hehe

Friday 28 June 2013

Kone dalam radar Everton

Arouna Kone telah memberitahu Wigan bahawa dia hanya mahu menandatangani untuk Everton ketika dia bersedia untuk meninggalkan Stadium DW.
 
Kedua-dua Norwich dan Swansea bersedia untuk membayar £6 juta yang diperlukan untuk mencetuskan klausa pelepasan dalam kontraknya.
 
Namun, bintang Ivory Coast itu tetap mahu bersatu semula dengan bos lamanya, Roberto Martinez, yang mengambil alih di Goodison Park pada bulan lepas.
 
Martinez merupakan individu yang membawa Kone, 29, ke England 12 bulan yang lalu dalam langkah £3.5 juta dari Levante.
 
Dan striker itu yakin bos warga Sepanyol tersebut akan mendapatkan yang terbaik daripadanya di dalam Liga Perdana.
Mahu ke Everton

Tevez milik Juventus

Pemain baru Juventus,Carlos Tevez berjaya melengkapkan perpindahan lumayan ke kelab Itali,Juventus.Tevez diberi jersi no 10 yang juga pernah dipakai oleh lagenda Juventus,Del Prio.Tevez akan membantu baruisan jentera serangan Juventus lebih menyengat musim ini.Beliau juga berjanji akan membawa kelab gergasi Itali itu ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah musim depan.
Sah milik Juventus dan mahu gegar Seria A

Wednesday 26 June 2013

Juventus Mahu Tevez

Penyerang Man City bakal berpindah ke Juventus.Menurut ejen Tevez,mereka menerima bidaan dari kelab Juventus untuk musim perpindahan ini.Tevez bakal pergi ke Turin kerana peluangnya untuk bermain bersama skuad City semakin nipis.
Bakal ke Turin musim depan