Sunday, 31 March 2013

Planning itu penting.

Lagi 2 bulan genap aku tamat belajar di Politeknik.
Fuhshhhhh..bermacam dugaan diduga ketika hendak abes ney.
Hahaha..manakan tidak nya.makin nak abes makan berlambak deretan kerja.
Its okay lagi.Tapi ini semua org cakap perjalanan hidup.
Abes jer diploma ini aku nak pergi kursus kontraktor lah.
Mana tahu suatu hari nanti ada peluang terbuka kan?
Hahaha...planning semua dah ada.
Nak aku post? haha..nanti lah ea? :p
Cuma sekarang ney kena cari lubang lubang kejayaan.
Ketepikan malu.
Kita usaha dan usaha.Doa jangan lupa.
Perancangan itu penting orang kata. :)

Saturday, 30 March 2013

Maafkan saya.

Hanya satu sahaja ku pinta dari mu..
Maafkan aku? :(

Bersabarlah Andai Disakiti

Hari demi hari.
Badan kian lemah menempuh dugaan dan kehidupan seharian.
aku tahu ini semua menpengaruhi semua aktiviti seharian aku.
Emosi kian lemah disaat aku perlukan semangat untuk pulih kembali.
Aku bersabar dan aku masih menunggu dikau.
Kita manusia.Kita hambaNya.
Salahkah aku mencintai diri mu?
Perasaan ini Allah beri.aku tak mampu nak menghalangnya..
Rindu aku pada manusia pada kau.
Kenapa aku terlampau merindui kau sekarang?
Apa pernah kah kau merasa seperti yang aku rasa sekarang?
Apa boleh aku buat kini hanya bersabar dan menunggu.
Menunggu bagaikan tiada harapan andai engkau pergi meninggalkan aku.
Tapi badan ini hanya boleh bersabar.

Apa Puncanya?

Semua yg aku buat salah tak betul.
Kenapa awak buat macam ini pada saya?
awak dah tak sayangkan saya dah ker?
Kenapa semua saya buat awak anggap macam sampah dan salah?
Saya dah buat yang terbaik dah utk memujuk awak namun ianya nampak tidak berhasil.
Apa maknanya semua ini?
Saya sayang awak..kalau awak tak nak terima perasaan sayang saya ini awak bagitahu lah..
Kenapa awak diam?
Saya cuba nak jadi yang terbaik untuk awak..
Tolong tolong sangat... :(

Terima Apa Yang Berlaku

Kita harus terima apa jua yang berlaku.
Andai itu boleh buat kita bahagia di belakang hari.
Aku terima mungkin ini balasan dosa aku.
Tiada siapa yang tahu akan kebenaran.
Tapi yakinlah Allah S.W.T ada.
Dan Dia sentiasa ada memberikan yang terbaik buat aku.Aku sayang dia aku sayang Allah S.W.T
Amennnn...

Friday, 29 March 2013

Manusia Suka Pada Dosa

Manusia selalu suka kepada hiburan.
Parti sana parti sini.
Dosa sana dosa sini.
Orang nasihat dikatakan cemburu.
Perbuatan sedemikian dianggap perkara biasa.
Siapa yang kecoh dianggap kolot dan kampung.
Hairan dan pelik dengan manusia hari ini.
Berpakaian biasa dikatakan lembap.
Seksi dikatakan fesyen.Entah apa kena dengan kotak pemikiran manusia.
Ini lah dikatakan zaman akhir.Kiamat bakal tiba.
Moga dijauhkan dari golongan sesat.

Positifkan Diri

Hari ini hari jumaat.
Esok sudah mula cuti minggu..
Namun masih banyak tugas lagi yang perlu aku siapkan..
Takpe..Masa dah tak lama dah...
Nanti dah keluar dah abes dah dapat segulung Diploma.
Senyum dan teruskan berdoa pada Yang Maha Esa.
Allah sentiasa ada :)
Berdoa selalu..
Disaat anda luka dan disaat anda gembira..

Thursday, 28 March 2013

Penantian....

Semalam..Kau membalas ucapan cintaku..
Aku terpaku dan terkejut dan sangat gembira mencecah bulan.
Sudah hampir seminggu ku menunggu balasan kata dari bibirmu..
Semalam tiba jua saat yang indah..
Ku sangka panas ke petang rupanya hujan disiang hari,,
Hari ini engkau tidak membalas..
Ku fikir hari ini mendung sebagaimana biasa..
Aku sedikit hampa dan kecewa namun ku kuatkan langkah untuk menaruh harapan demi harapan..
Aku masih disini...dan masih menanti dirimu...
Aku harap cerita kita tidak berakhir dengan kepiluan...
Aku harap suatu hari nanti engkau tidak meninggalkan aku..
Tapi siapa aku untuk menafikan andai engkau berbuat demikian??
Hidup semakin hari semakin sukar..Aku takut tapi apakah engkau sedar??
Adakah engkau mengetahui liku liku kehidupan ku seharian yang sukar??
Mungkin ada kala nya aku kena terima apa yang berlaku..
Engkau semakin dewasa dan engkau semakin matang...
Aku disini menanti dikau seribu tahun pun tetap aku tunggu..
Kerana apa?
Kerana aku mencintaimu lebih dari aku mencintai diri aku..
Aku harap engkau dapat merasainya kerana aku mahu hanyalah kamu..
i'll be there as soon as i can..
I love you so much!!..

Monday, 25 March 2013

3 malam tanpa bintang

Tiga malam tanpa bintang dan diriku dihimpit penyesalan.
Arah tuju kian fana.
Dimana kah dikau..dimana kah cinta kau pada ku.
Selalu ku ucapkan perkataan ''I LOVE YOU''
Namun engkau terus membisu tanpa membalas.
Hati ku betul sedih namun aku sembunyikan naluri itu.
Aku tak mahu merosakkan hubungan yg sedia ada.
Ada kala aku terfikir engkau tidak mencintai aku.
Engkau mengharapkan cinta baru dan ingin melupakan aku..
Aku tak tahu apa yg ada dalam diri dan hati kamu.
Namun aku selalu berdoa jika engkau tidak mencintai aku dan engkau mula menyayangi orang lain aku harap engkau terus terang pada diri aku.
Mungkin selama aku menghilang ada kumbang lain yg mendekati diri kamu..
Aku redha jika itu berlaku.
Aku jujur,aku sayangkan engkau.
aku mahukan engkau.aku mahu memilki engkau.
Aku tak tahu apa lagi boleh aku ungkapkan.
Mungkinkah cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja??
Aku mahu kamu selamanya.
aku tak mahu wanita lain selain engkau.

Saturday, 23 March 2013

Tanda Tanya.

Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu..sayangku...
Langkah demi langkah sudah lama bergerak..
Kemana jua dunia berputar demikian juga kita bersama..
Jauh dikau jauh diriku hanyalah jarak semata mata..
Namun ku harap kita berdua terus sentiasa dekat dan dekat..
Kesalahanku kau maafkan..
Mungkin kesalahan aku tak mungkin sekali dikau lupakan..
Tapi apa daya dan perlu aku lakukan untuk dirimu..
Aku akan terus memujuk dan memujuk..
Ku harap detik ini akan berakhir dengan kebahagian..
Akan ku sunting dirimu..
Menjadi yang halal buat diri aku selama lamanya..

Lari Dan Cuba

Cuba dan terus mencuba.
Biar pun nampak macam tak berhasil namun aku tetap mencuba.
Usaha demi usaha akan aku lakukan.
Harap ada petanda positif.
Namun ada kalanya aku terasa akan petanda negatif,tapi aku slow down kan dulu perasaan itu.
Kita jgn putus asa..
Cuba selagi boleh..kalau dah kalah atau gagal aku perlu redha dengan dugaan dariNya.
:)

Friday, 22 March 2013

Cuba dan terus mencuba

Penat dan penat.Seharian dengan kerja kerja yang sedia ada ini membuat aku letih dan mengantok.Kadang kala inginkan kebebasan berjalan jalan di shopping mall sana sini.Namun aku bukan seperti itu.Aku tak minat bersosial tapi aku tak benci bersosial.
Entah,hidup ni kadang kala buat aku rimas.Kecelaruan dengan setiap masalah yang ada menbinggungkan lagi kepala.
Manusia normal.Manusia abnormal.
Manusia banyak ragam terutamanya manusia yang suka kepada kemodenan.Biar dunia moden jangan budi bahasa moden.
Aku nak berjaya tapi bukan dengan cara kemodenan.
Ku harap aku dapat capai apa yang selalu aku katakan.
Aku akan buktikan pada manusia itu bahawa mulut aku bukan ckp kosong.Biarlah engkau nak fikir apa pun janji hidup aku ditentukan oleh aku.Kau pencinta harta duniawi sahaja!!



Pastikan Kearah Kegemilangan

Kejayaan milik sesiapa sahaja yang berusaha.
Anda berusaha anda juga boleh berjaya.
Jangan beri alasan dan jangan berfikiran negatif.
Selalunya manusia selalu berlagak pandai dan buat tahu.
Ketepian apa jua yang menganggu anda.
Orang selalu iri hati tentang apa yang kita buat.
Biasa lah,manusia dengan manusia memang tak boleh tengok manusia lain berjaya.
Lagi satu manusia ni dia memang jenis hidup tak pernah cukup dan tak pernah bersyukur.
Realiti.
Jadi anda nak berjaya aim dulu apa yang nak buat nak capai dan teruskan dengan semangat yang tinggi.

Tanpamu..

Aku sayang dia.
Aku cinta dia.
Aku mahu dia.
Aku ingin bersama dia.
Aku ingin selamanya dengan dia.
Aku ingin bahagia bersama dia.
Aku ingin memiliki dia.
Aku ingin selama lama nya melihat dia.
Aku mahu mati dengan dia.
Aku mahu dia menjadi yang terakhir bagi diriku.
Aku akan halalkan hubungan kita berdua dengan ikatan pernikahan.

Realiti atau Fantasi?

Bercakap tentang wanita.
Kekadang aku pelik juga.Knp?
Sebab dunia hari ini seperti menyembah perempuan.Fact#!!!
Kalau yg sedang bercinta,gf merajuk or bergaduh..
Kenapa sering cakap kalau ada lelaki lain pujuk perempuan itu akan 90% akan jatuh hati kepada lelaki itu.
Kalau lelaki merajuk? Lepas itu ada perempuan lain dtg pujuk? Tak pernah pula dengar orang cakapkan hal ini.
Secara jujur,perbalahan antara pasangan bercinta ini bukan nya jalan terakhir kepada perpisahan.
Melainkan kalau si lelaki itu ada gf lain.Itu sudah dikatakan Penipu!
Wajar dan memang perlu pun si gf meninggalkan si bf yang kaki perempuan.
Bagi aku,jalan terbaik.Usah bergaduh.selesaikan dengan cara yang rasional.
Kamu semua masih muda,berfikir lah jauh dihadapan.
Lagi satu kes,kenapa wanita beria ria nak minta putus?
Mungkin ada lelaki lain? Mmg jawapan nya tidak.Tapi dalam erti kata lain ''Ya''
Mana mungkin dlm satu hubungan hanya sebelah pihak sahaja yang mempertahankan hubungan.
Jelas disini,kalau kamu sudah tiada rasa cinta terhadap seseorang,cuba beritahu hal sebenar.
Jangan cuba memaksa diri utk mencintai.Risau apabila sudah berkahwin penceraian mudah terjadi.
Lelaki sering dipersalahkan.Perempuan sentiasa dibanggakan.

Perkara Tidak Dijangka

Tak semua benda kita dapat tahu.
Tak semua perkara kita boleh agak.
Perkara paling aku benci adalah orang yang suka buat aku marah.
Kesilapan dan kesilapan.Aku selalu buat silap aku selalu buat salah.
Dan apa lagi boleh aku cakapkan selain memohon kemaafan?
Selalu orang cakap ''tak guna kalau mohon maaf buat balik''
Entah lah kekadang rasa rimas dengan statement orang macam ini.
Nak menjadi manusia baik susah sangat.
Aku tahu aku jenis yang ego tinggi.
Aku tahu aku jenis yang suka mengawal.
Tapi betul juga kata orang selagi kita tak kenal dunia betul betul,
Jangan harap kita dapat cakap perkara yang kita tak mampu cakap.
Aku sedang perbetulkan diri aku.
Aku tak akan kawal orang lain sebab aku tahu aku tiada hak.
Mungkin ada.Suatu hari nanti selepas semuanya selesai.
Saat itu akan tiba.Diketika belum tiba ini dan saat muda remaja beliau cuba jangan terlalu control.
Dia juga manusia biasa.Saling memahami dan saling percaya.
Aku harap perasaan dia tidak berubah ke arah orang lain ataupun lebih tepat ''Orang Ketiga''

Thursday, 21 March 2013

Kesusahan Hidup Di Perantauan

Keselesaan sering menjamin kebahagian.
Air mana tidak berombak.
Laut mana tenang sepanjang masa.
Begitu juga manusia.
Hidup di negeri orang tak sama dengan hidup di halaman sendiri.
Lain orang lain perangai lain orang lain citarasa.
Perasaan boleh berubah.Perasaan tidak akan kekal.
Cinta sejati tidak wujud.Cinta boleh buat manusia alpa.
Makan minun entah kemana dikala kesempitan wang.
Apa yang penting hanyalah kejayaan.
Aku alpa aku sesat.Sayang,semuanya sudah terlambat dan jauh sekali untuk undur masa.
Berfikiran seperti orang kaya tidak ada pada diriku.
Aku orang kampung ingin berjaya.Ingin menggapai sekalung kejayaan bersama orang yang aku sayang.
Dimanakah dikau wahai gerangan.Mungkin dia tidak perasan dikala leka dengan permainan dunia.
Sayang seribu kali sayang.

Wednesday, 20 March 2013

Manusia Itu Lemah.

Aku tak berdaya lagi.
Dengan apa yang terjadi.
Kemana arah tujuan hendak dituju semuanya tidak pasti.
Lemah dan longlai dalam berjalan.
Hidup terumbang ambing ditepian titi.
Terseksa dan cuba membaiki.
Kemana pergi nilai murni hidup.
Hilang pupus ditelan budaya Barat.

Ditelan Mati Mak Diluah Mati Bapak

Hidup penuh dengan tanda tanya.
Semua bagaikan mimpi yang mustahil untuk kita terima.
Setiap manusia inginkan kebahagian.
Setiap manusia inginkan kebebasan.
Namun tiada yang lebih indah dari bersama dengan orang tersayang.
Kadang kala cinta itu membunuh perasaan.
Kadang kala membuat hidup kita seperti di syurga.
Tak semua apa yang kita pendam dapat disampaikan kepada seseorang.
Tak semua perkara indah dapat kita kecapi.
Kenapa ini semua terjadi.
Kenapa dan kenapa??
Inilah kehidupan yang perlu kita tempuhi.
Percintaan adalah kehidupan.





Szczesny Tetap Mahu Kekal Di Arsenal

Wojciech Szczesny berazam bantu Arsenal menduduki kelompok empat teratas LPI
Wojciech Szczesny menegaskan masa depannya terus berada di Arsenal walaupun kehilangan temaptnya kepada Lukasz Fabianski.
Penjaga gol Poland itu ditinggalkan di England semasa the Gunners menewaskan Bayern Munich 2-0 di Liga Juara-juara minggu lepas dan tidak memperolehi kembali tempatnya semasa kemenangan ke atas Swansea di Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.
Namun Szczesny memberitahu persaingan yang dihadapi untuk tempatnya dalam pasukan tidak akan menghalang beliau dari berjuang demi masa depannya.
"Saya terlalu gembira untuk ke kelab lain. Saya percaya dengan falsafah kelab dan Arsenal akan mula kembali menang," ujarnya.
"Saya ada hutang perlu di bayar di sini untuk kelab, saya berhutang dengan mereka. Saya memag tidak mahu ke mana-mana lagi. Selagi mereka mahukan saya, tiada tempat lain dan saya masih ada kontrak hingga Jun 2015."

Tuesday, 19 March 2013

Kehidupan Satu Kesukaran atau Kenikmatan

Kehidupan sukar diduga

Kehidupan adalah suatu yang mesti dilalui oleh semua manusia.Kekadang gembira kekadang sedih.Ini lah perasaan yang diberikan oleh Maha Esa kerana kita semua manusia mempunyai naluri yang sama.Kehidupan juga mengajar kita lebih berdisiplin.Dengan kata lain dulu kita dididik oleh ibu bapa dan seterusnya guru sebagai pengajar.Kelekaan sering bermain di minda manusia.Kerana yakin dengan kehidupan yang menjamin kekayaan,manusia alpa dan sombong.Manusia sentiasa mahu diatas,tak mahu sesaat pun dibawah.Ini realiti manusia.Disaat kesusahan apa yang ada adalah hidupmu keseorangan.Jangan negatifkan kotak pemikiran anda.Setiap apa yang dibuat dilalui adalah titik permulaan.Manusia baik senang dicari tapi khalifah terbaik sukar dicari.Jika ada anda harus berkawan dan dapatkan ilmu darinya kerana mereka inilah orang orang yang boleh membuatkan dirimu tidak leka kepada duniawi sahaja.

Monday, 18 March 2013

Salah Siapa??

Malaysia tewas kepada Arab Saudi tempoh hari 1-4 di Std Shah Alam.
Rata-rata peminat nampak sedikit kecewa dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad kendalian K.Rajagopal.Meskipun mampu menjaringkan satu gol menentang Arab Saudi namun ternyata Malaysia belum mampu untuk bersaing dengan negara Timur Tengah.Malaysia nampak kurang garang walaupun kehadiran penyerang profilik dari Darul Takzim,Shahrul Idhlan Talaha namun belum mampu untuk merobek gawang lawan.Malaysia memerlukan latihan yang lebih kental lagi.Diharapkan skuad Harimau Muda dapat bangkit dari kekalahan dan menunjukkan permainan yang positif.Kemenangan belum pasti dicapai namun corak permainan yang menarik pastinya dapat menghiburkan seluruh peminat setia Harimau Muda.
Sama kita doakan kejayaan skuad Harimau Muda.

Aston Villa Sedia Berbelanja

Kelab Tercorot Liga Perdana Inggeris,Aston Villa yakin bahawa usaha mereka untuk kekal di liga perdana terjamin sekiranya berjaya mendapatkan beberapa pemain baru untuk mengisi barisan serangan yang dikatakan tumpul.Aston Villa mensasarkan penyerang Stoke City,Pter Crouch dengan nilai dikatakan sekitar 3juta euro.

Chelsea Sedia Bida Fellaini

Kelab London,Chelsea Fc sedia membida pemain tengah Everton,Fellaini pada pintu perpindahan nanti.
Dikhabarkan yuran perpindahan melebihi 25juta itu bakal menjadikan Everton cair dengan wang sejumlah itu.Walaubagaimana pun,Fellaini menafikan laporan itu dengan mengatakan bahawa beliau masih sayangkan kelab Everton itu.

Sunday, 17 March 2013

Isnin.Hari malas sedunia??

Seperti yang kita tahu,hari isnin adalah hari paling malas bagi sekalian manusia tak kira anda berada di Malaysia,Eropah mahu pun benua Amerika.Ini memang biasa.Mana nya tidak,kalau dengar hari isnin jer berat kaki nak ke kerja,berat mata nak bangun mandi,berat kaki nak melangkah ke tempat kerja.
Ini semua Poyoooo~
Hahahaha..kuatkan semangat dan naluri mata.Semuanya boleh dihapuskan melalui :
1) Bayangkan hari isnin adalah hari setiap anda perolehi gaji.
2) Bayangkan hari isnin anda akan bertemu jodoh anda (bagi yang single)
3) Hari Isnin adalah hari anda pertama kerja,
4) Pakai baju baru utk ditayangkan kepada kekawan pejabat baru kau org rasa semangat.


Manusia Banyak Rehat Dari Berkerja

Manusia byk berehat dan lalai dikala waktu yg dingin tanpa ingin melakukan kerja kerja yang berfaedah.Demekian lah perangai manusia.Dikatakan pada waktu pagi inilah sumber rezeki dan pintu rezeki terbuka luas oleh Allah SWT.Seharusnya kita perlu peka dan mestilah melakukan kerja kerja yang diredhai Allah SWT.Insyaallah..