Kehidupan Satu Kesukaran atau Kenikmatan
 |
| Kehidupan sukar diduga |
Kehidupan adalah suatu yang mesti dilalui oleh semua manusia.Kekadang gembira kekadang sedih.Ini lah perasaan yang diberikan oleh Maha Esa kerana kita semua manusia mempunyai naluri yang sama.Kehidupan juga mengajar kita lebih berdisiplin.Dengan kata lain dulu kita dididik oleh ibu bapa dan seterusnya guru sebagai pengajar.Kelekaan sering bermain di minda manusia.Kerana yakin dengan kehidupan yang menjamin kekayaan,manusia alpa dan sombong.Manusia sentiasa mahu diatas,tak mahu sesaat pun dibawah.Ini realiti manusia.Disaat kesusahan apa yang ada adalah hidupmu keseorangan.Jangan negatifkan kotak pemikiran anda.Setiap apa yang dibuat dilalui adalah titik permulaan.Manusia baik senang dicari tapi khalifah terbaik sukar dicari.Jika ada anda harus berkawan dan dapatkan ilmu darinya kerana mereka inilah orang orang yang boleh membuatkan dirimu tidak leka kepada duniawi sahaja.
No comments:
Post a Comment