Wednesday, 20 March 2013

Szczesny Tetap Mahu Kekal Di Arsenal

Wojciech Szczesny berazam bantu Arsenal menduduki kelompok empat teratas LPI
Wojciech Szczesny menegaskan masa depannya terus berada di Arsenal walaupun kehilangan temaptnya kepada Lukasz Fabianski.
Penjaga gol Poland itu ditinggalkan di England semasa the Gunners menewaskan Bayern Munich 2-0 di Liga Juara-juara minggu lepas dan tidak memperolehi kembali tempatnya semasa kemenangan ke atas Swansea di Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.
Namun Szczesny memberitahu persaingan yang dihadapi untuk tempatnya dalam pasukan tidak akan menghalang beliau dari berjuang demi masa depannya.
"Saya terlalu gembira untuk ke kelab lain. Saya percaya dengan falsafah kelab dan Arsenal akan mula kembali menang," ujarnya.
"Saya ada hutang perlu di bayar di sini untuk kelab, saya berhutang dengan mereka. Saya memag tidak mahu ke mana-mana lagi. Selagi mereka mahukan saya, tiada tempat lain dan saya masih ada kontrak hingga Jun 2015."

No comments: