Tuesday, 25 June 2013

Kelantan benam skuad Tok Gajah

Conti gagal menjaringkan gol
Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan yang berlansung di Kota Bharu.Kedua dua pasukan memiliki peluang untuk membuka tirai namun tidak berjaya sehingga kapten pasukan Kelantan,Badri Radzi membuka tirai jaringan dengan sepakan deras yang cantik.Gol kedua kelantan hadir dari Zamri apabila mudah merembat masuk bola muntah dari penjaga gol Pahang.Pahang pulang dengan tangan kosong dan merupakan kekalahan kedua berturut turut selepas tewas kepada skuad Seladang di Darul Makmur tempoh hari.
Terus memburu kemenangan demi kemenangan

Monday, 24 June 2013

Nunez mahu ratah Felda United

Pasukan Harimau Selatan,JDT Fc melaungkan semangat mahu membelasah pasukan di tangga tercorot,Felda Utd yang akan datang bermain.Penyerang sensasi JDT,Nunez mahu menjaringkan hatrick sebagai tanda amaran bahawa pasukannya masih boleh mengejar kejuaran Liga Super 2013.
Mahu membenam skuad Felda Utd

Rooney dalam radar kelab besar?

Penyerang England,Wayne Rooney merasakan dirinya dilemma apabila terpaksa memilih beberapa kelab terkemuka sebelum pintu perpindahan ditutup.Kelab semasa,Manchester United mendapat tawaran besar dari kelab Real Madrid dan PSG namun ditolak oleh Rooney sendiri.
Mahu bermain dengan kelab besar dan kaya raya 

Kelantan optimis buru trofi Piala Fa

Pasukan kelantan yakin bahawa trofi Piala Fa akan berada di Kota Bharu.Mereka yakin akan menewaskan kelab JDT dan sekaligus membawa pulang piala fa.Mereka akan menentang JDT berhabis habisan.
Kapten TRW,Piya akan pastikan pasukannya menang besar ke atas JDT Sabtu ini :p

Mahu buru trofi bersama Liverpool Fc

Penyerang sensasi Liverpool,Luis Suarez membuat kenyataan bahawa beliau selesa berada di Anfield dan tidak akan berhijrah walaupun mendapat tawaran dari Real Madrid dan juara Eropah lima kali Bayern Munich.Beliau mahu kekal di Anfield dan memburu kejayaan trofi.
Mahu rebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama The Reds

Mexico mara ke pusingan seterusnya

Piala Konfenderasi 2013.
Mexico berjaya melangkah ke peringkat seterusnya apabila berjaya mengalahkan Jepun di perlawanan terakhir.Jaringan dari penyerang Man Utd Hernandez berjaya membawa pasukannya mara ke peringkat separuh akhir.Mexico merupakan pilihan ketiga bagi menjuarai Piala Konfenderasi selepas Jepun tumpas.
bravo bravo bravo !! :D

Berjaya Atau Gagal Bermula Hari Ini Dan Saat Ini

Siapa yang di dunia ini terus berjaya dan berjaya tanpa menemui kegagalan?
Manusia yang berjaya adalah manusia yang sering menempuh kegagalan.
Kegagalan mengajar erti bersemangat dan berusaha.
Percaya dan yakinlah kejatuhan boleh membuatkan anda maju ke hadapan.
Jangan berputus asa dan terus bangkit mengejar kejayaan diri sendiri :)