Sunday, 31 March 2013

Planning itu penting.

Lagi 2 bulan genap aku tamat belajar di Politeknik.
Fuhshhhhh..bermacam dugaan diduga ketika hendak abes ney.
Hahaha..manakan tidak nya.makin nak abes makan berlambak deretan kerja.
Its okay lagi.Tapi ini semua org cakap perjalanan hidup.
Abes jer diploma ini aku nak pergi kursus kontraktor lah.
Mana tahu suatu hari nanti ada peluang terbuka kan?
Hahaha...planning semua dah ada.
Nak aku post? haha..nanti lah ea? :p
Cuma sekarang ney kena cari lubang lubang kejayaan.
Ketepikan malu.
Kita usaha dan usaha.Doa jangan lupa.
Perancangan itu penting orang kata. :)

Saturday, 30 March 2013

Maafkan saya.

Hanya satu sahaja ku pinta dari mu..
Maafkan aku? :(

Bersabarlah Andai Disakiti

Hari demi hari.
Badan kian lemah menempuh dugaan dan kehidupan seharian.
aku tahu ini semua menpengaruhi semua aktiviti seharian aku.
Emosi kian lemah disaat aku perlukan semangat untuk pulih kembali.
Aku bersabar dan aku masih menunggu dikau.
Kita manusia.Kita hambaNya.
Salahkah aku mencintai diri mu?
Perasaan ini Allah beri.aku tak mampu nak menghalangnya..
Rindu aku pada manusia pada kau.
Kenapa aku terlampau merindui kau sekarang?
Apa pernah kah kau merasa seperti yang aku rasa sekarang?
Apa boleh aku buat kini hanya bersabar dan menunggu.
Menunggu bagaikan tiada harapan andai engkau pergi meninggalkan aku.
Tapi badan ini hanya boleh bersabar.

Apa Puncanya?

Semua yg aku buat salah tak betul.
Kenapa awak buat macam ini pada saya?
awak dah tak sayangkan saya dah ker?
Kenapa semua saya buat awak anggap macam sampah dan salah?
Saya dah buat yang terbaik dah utk memujuk awak namun ianya nampak tidak berhasil.
Apa maknanya semua ini?
Saya sayang awak..kalau awak tak nak terima perasaan sayang saya ini awak bagitahu lah..
Kenapa awak diam?
Saya cuba nak jadi yang terbaik untuk awak..
Tolong tolong sangat... :(

Terima Apa Yang Berlaku

Kita harus terima apa jua yang berlaku.
Andai itu boleh buat kita bahagia di belakang hari.
Aku terima mungkin ini balasan dosa aku.
Tiada siapa yang tahu akan kebenaran.
Tapi yakinlah Allah S.W.T ada.
Dan Dia sentiasa ada memberikan yang terbaik buat aku.Aku sayang dia aku sayang Allah S.W.T
Amennnn...

Friday, 29 March 2013

Manusia Suka Pada Dosa

Manusia selalu suka kepada hiburan.
Parti sana parti sini.
Dosa sana dosa sini.
Orang nasihat dikatakan cemburu.
Perbuatan sedemikian dianggap perkara biasa.
Siapa yang kecoh dianggap kolot dan kampung.
Hairan dan pelik dengan manusia hari ini.
Berpakaian biasa dikatakan lembap.
Seksi dikatakan fesyen.Entah apa kena dengan kotak pemikiran manusia.
Ini lah dikatakan zaman akhir.Kiamat bakal tiba.
Moga dijauhkan dari golongan sesat.

Positifkan Diri

Hari ini hari jumaat.
Esok sudah mula cuti minggu..
Namun masih banyak tugas lagi yang perlu aku siapkan..
Takpe..Masa dah tak lama dah...
Nanti dah keluar dah abes dah dapat segulung Diploma.
Senyum dan teruskan berdoa pada Yang Maha Esa.
Allah sentiasa ada :)
Berdoa selalu..
Disaat anda luka dan disaat anda gembira..